Assalamualaikum suma baru ada masa nak update blog aku sebb aku sibuk dgn aktiviti harian bergelar pekerja,anak,boyfriend dan yang paling penting aku bergelar KHALIFA.
nak tido pun x boleh sbb mata belum nak pejam lagi, nak online FB plak malas so aku layan ler blog aku nie, topik ape yang nak aku tulis malam nieh yerk.....Ha baru aku teringat kenapa sorang Kazen nie benci sangat kat aku....nak tau sebab dia bacaler nukilan aku nieh sampai habis okay.
Nie kes zaman sekolah dulu masa tu dia dekat From 3 dan aku From 2. Nak mulakna ceta dia nie
dari kemahsyuran hinggalah kenakalan dia dan aku nie taklah semahsyur dia tapi nakal kami setanding jugalah. Ada salah sorang kawan dia sound aku dengan bahasa yang tak sedap didengar tapi aku buat cool jer nothing happend so budak tu panas sendiri sebab aku buat endah x endah jer dengan teguran dia. Kepala aku dibalun dengan buku lima dia jadi member pun balas ar jadi aku tolak member aku dan aku sendiri yang maju mengelakkan member tadi terlibat dengan kes disiplin sebab nie hal aku so member tadi pun mengerti tindakan aku. Gaduh punya gaduh napa plak tetiba Kazen aku nie masuk terus balun aku juga so member yang len pun join sekali ar nak tolong aku dari dibelasah sorang oleh kazen sendiri, Mak dia dan mak aku datang boleh palk naik kereta sama tu yang cikgu pelik tu mak kitaorang baik sesama sendiri tapi kenapa tak kami kan?
So hari berikutnya aku just diam jer dengan perangai dia kat member-member dan merancang untuk
mencari jalan supaya ego dan nakal dia yang tak bertempat nie luntur dari hidup dia.Malangnya strategik aku gagal mengubah dia, So aku kembali kediri ku yang asal tuk mencari semua kelemahan dan kelebihan yang dia ada. Aku buat tak tahu saja dengan dia sebab aku bergerak Underground bersama kengkawan aku yang dah memang terkenal dengan kenakalan mereka, bergerak Underground ni bukan bergerak kearah membalas dendam bukan tu yang aku maksudkan Maksud bergerak underground to kami suma buang sifat nakal dan biarkan saja dorang dan tiba masanya diorang akan tahu siapa kami. So suma pelajar mengidamkan piala Olahragawan dan Olahragawati sekolah itu yang membuatkan aku bergerak underground dengan merampas gelaran Olahragawan kategori B mungkin membuatkan Kazen aku ni sedar yang kita tidak semestinya berada diatas terus.
Hari untuk menjatuhkan dia pun bermula mungkin korang fikir yang aku nie jahatkan? tapi aku gunakan
cara yang halus untuk menyedar tu pun kalo dia sedar tapi takpe ar aku dah cuba kalo dia tambah dendam nak buat macam manakan ? Apa acara yang dia sertai aku masuk kecuali acara pecut 100 Meter bukan apa tu nak betul- betul power starting dan langkahan yang konsisten baru boleh menang kalo tak jangan harap ar nak menang.Acara yang aku sertai bersama Kazen aku nie acara 200m,400m dan 200m berpagar tu untuk individu dan acara berkumpulan seperti yang korang tahu ler 4x400m dan 4x100m. So dari 5 tu aku berjaya mendapat 2 emas dalam acara kegemaran aku 200m berpagar dan 400m,1 perak (200m) dan 2 gangsa tuk acara berkumpulan sebab apungutan pingat yang hampir sama aku cuma kelebihan satu pingat perak yang membolehkan aku merampas taktha sebagai Olahragawan buat kali pertama kerana sebelum nie aku just biarkanlah bukan rezeki aku tapi tahun nie aku buat all out so berhasil dan secara automatiknya aku mewakili sekolah dan menjadi pemegang bendera tuk sukan sukan sekolah yang berlangsung 2 bualn kemudian.
Kemarahan dan benci dalam dirinya makin membuak-buak bukan bertambah elok malah dia sanggup
menabur fitnah dengan ayat yang benar-benar mendatangkan marah membuatkan ibu aku melarang aku menyertai majlis sukan sukan sekolah, aku meminta pertolongan cikgu untuk menjelaskan hal sebenar kepada ibu aku dan aku bersyukur ibuku membenarkan aku menyertainya. Aku sekali lagi memalukan dirinya apa bila berjaya membawa balik sebuah pingat perak dalam acara kegemaran (200mberpagar) dan gangsa dalam acara berkumpulan 4x100m. Aku diumukan sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang untuk 6 bulan pertama sekaligus mengulingkan semua calon perempuan lain. Sifat aku yang MILD and WILD membuatkan ramai awek dan dak laki lain secara automatiknya pengaruh aku bertambah besar dan dia mula merasakan terancam dengan kehadiran aku disekolah itu. Aku diperangkap olehnya lalu dibelasah dengan teruk oleh Kazen aku dan juga 2 lagi sahabatnya sementara yang lain bersembang diluar tandas untuk mengaburi mata pelajar lain. Aku berdiri dan berlalu pergi menuju ke pondok bas dihadapan sekolah dengan pakaian yang kotor dan dipenuhi dengan kesan tapak kasut, sampai jer kat rumah mak aku plak balun aku dengan batang penyapu so kesabaran aku dah hilang.
Kesokkan harinya aku datang ke sekolah dengan kesan lebam dihujung mata sebelah kiri, bibir pecah
dan juga sedikit calar di keuda belah siku aku. selesai waktu sekolah aku berlari dan melepaskan tendangan tepat dibelakang Kazen aku sebelum dia jatuh tersembam ke jalan raya menyebabkan dagunya luka, so Pergaduhan besar-besaran pun bermula diantara tingkatan 2 dan 3. Pelajar perempuan hanya mampu berlari untuk menyelamatkan diri dari terkena sebarang tumbukan dan tendangan sesat.Akhirnya kami semua didenda dan ada juga yang digantung sekolah seperti Kazen aku dan juga aku, tapi aku berpuas hati kerana dagu dan sikunya luka sementara lebam dimata kiri dan bibir serta hidungnya berdarah.selesai hukuman gantung sekolah aku kembali ke sekolah dan melihat kemunculan kuasa baru di sekolah tapi aku tak hiraukan sebab prinsip aku mudah selagi kau tak ganggu aku dan kengkawan aku maka kau selamat kata petah melayu dahulu kala "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan