Sample text

selamat membaca blog aq nieh, semoga korang terhibur dengan kisah realiti yang aq paparkan......harapnyer korang enjoy dan happy ketika berada dalam ruangan aq..............nieh adalah cara aku tuk meluahkan rasa yang aku pendamkan jika xde orang yang sudi dengar

expressions of faith, a man called Khalifa

Rabu, 31 Oktober 2012

Aku Bukan Seperti yang kau fikirkan?

Aku malas nak berfikir panjang dengan apa yang koe fikirkan pasal aku sebab kuarga aku tahu siapa aku yang sebenarnya dan aku bukan seperti yang kau sangkakan.pada mulanya aku sakit hati gak dengan apa yang koe fikir dan aku rasa nak bagi je kau penumbuk kat muka tapi bila aku fikirkan balik orang yang macam koe nilah yang merosakkan bangsa kita dan merenggangkan perhubungan kekeluargaan orang lain, so sebelum aku jadi mafia taklah mafia sangat hahahahahaha bek kau jaga diri kau dari kau jaga tepi kain orang sebab tepi kain kau tu dah koyak rabak.

1) Nakal.....
- sejujurnya memang aku nakal tapi taklah sampai menconteng arang kat muka orang lain dan gak kuarga sendiri, kalo nak kata pasal nakal nie aku nak tanya kau budak mana tak nakal. Kalau tak nakal itu namanya budak kurang sifat A.K.A OKU..... bukan nak merendahkan golongan OKU tapi kau fikirlah sendiri, sebab mak ayah aku kata kalau nak berNAKAL tu biar bertempat dan jangan menyusahkan orang lain plak macam kau nie bukan nakal tapi kurang akal
2) Selekeh.....
- siapa yang selekah plak nie, kau pandai tak bezakan majlis formal dan tak formal. Nak aku jelaskan gak ker kat dalam nie....Okay ler biar aku jelaskan dekat kau dengan jelas dan terang-terang apa tu majlis formal dan yang bukan formal. MAJLIS FORMAL nie kau kena datang dengan kemas pada majlis tu contohnya Majlis penganugerahan, makan malam dan yang sewaktu dengannya dan Bukan Formal nie plak majlis raja sehari,kenduri kendara dan yang sewaktu dengannya sebab xde pun dia kata nak guna baju melayu lengkap macam majlis formal okay
3) Suka Melepak..
- ha nie topik yang aku pantang bila kau kata kat mak ayah aku sebab aku kuar dari rumah dah minta izin dengan mak ayah dan arah tuju pun siap aku beri. aku melepak pun bukan dengan orang lain mak ayah aku pun tahu siapa member aku melepak buat pengetahuan kau member aku melepak SEPUPU aku sendiri so ada masalah dengan yang nie atau kau saja nak cari salah aku tuk aku dipandang buruk oleh kuarga aku tolong.......SEKARANG nie silap siapa? aku tanya kau balik boleh? sekarang nie siapa yang kuat melepak pukul 5 pagi baru balik pastu kuar awal pagi, akhirnya mengeluh penat sakit badan ar.. segala bagi.
4) Playboy
- Hahahahahahah tergelak perut aku dengar statment kau nie, Aku Playboy tolong ar, secara jujurnya aku ramai member pompuan cam tu gak member laki so apa masalah kau dengan ramai member pompuan nie atau kau dah dandus sangat sal xde dak pompuan kekal lama kawan dengan kau. mungkin kau nie GAY, sorry ayat pedas sikit sebab kau yang mula so makan kau ayat aku nie.
5) Pendidikan..
- sorry bab nie aku tak nak sentuh sebab terlalu sensitif ......sebab hanya kuarga terdekat dan juga member rapat aku yang tahu tapah pendidikan aku so jangan nak bangga sangat dengan apa yang kau ada sekarang nie. mungkin sekarang kau kat atas esok lusa kita tak tau kau kat mana letaknya... :). mungkin aku nie nakal kat  mata kau so pendidikan aku dimata kau mungkin rendah gak ler kan sorry aku bukan orang yang nakal tak berakal tapi aku nie nakal yang berakal.

pendek kata kau dengara ayat aku yang pedas lagi berapi ni
"BIAR NAKAL ASALKAN BERAKAL, BIAR MELEPAK KEPUTUSAN KASIH GEMPAK."
" DON'T JUDGE THE BOOK FROM IT'S COVER"
"UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI"

bukan nak menjatuhkan member tapi siapa yang mulakan dulu perang nie, so sekarang kau tempur aku tak akan mundur, biar hancur asalkan maruah tak tercalar.

Isnin, 22 Oktober 2012

Kawan BAIK VS kawan x BAIK

SALAM SATU MALAYSIA ....hahaha mcm RTM lah plak nieh pembuka bicara diea .

hari nieh aku nak cerita pasal hidup bersahabat nieh pelbagai ragam rakan yang kita temui betul tak? dalam hidup nieh sapa yang xde rakan tu mungkin duduk kat dalm hutan kot hahahah. aku lebih gemar bersahabat dengna orang yang suka buat bising dan periang dari sahabat yang periang tapi tikam belakang tu yang paling pantang kalo boleh aku nak sepak terajang jer orang cam toe taw.Okay sekarang dah tiba masanya aku cerita sifat dorang yang plastik nieh dan juga saya yang benar-benar sahabat........


Truly friend
- menghargai pendapat orang lain barulah keserasian dapat dilihat dan juga kunci terbesar dalam persahabatan
- belajar memahami antara satu sama lain barulah persahabatan kekal
- pilih orang yang sama minat A.K.A hobi yang sama contohnya mengenai aksesori kereta
- Baik pada semua orang tidak kira jantina
- menyedari tiada insan yang sempurna dan saling bantu membantu
- Komunikasi sangat penting dalam persahabatan dan Direct sound lah dengan rakan anda sekiranya tidak berpuas hati dengannya
- Jangan fikir faktor luaran ianya akan memakan diri sendiri ,tapi pandanglah keikhlasannya dan juga keikhlasan diri kita kepadanya
- jangan mengata sahabat dari belakang sekiranay ada keragu terhadap diri sahabat kita directlah kepadanya
- tidak bersama 24 jam ini yang penting walaupun kita bersahabat tapi mereka memerlukan masa untuk bersama keluarga dan bersendirian

Plastic  friend
-Suka bergossip faktor utama yang menghancurkan persahabatan  dan juga hubungan denagn orang lain bak pepatah melayu kerana mulut badan binasa dan kerana nila setitik rosak susu sebelangga hahah
- suka sangat menyibuk, orang macam nie boleh menghancurkan diri anda
- suka membnagkang dari menerima idea anda, sukar mencapai sepakat benda yang boleh dibuat dengan cara yang mudah boelh menjadi cara yang paling sukar
- Pencuri idea atau meniru idea orang lain sehinggakan hasil kerja anda hampir sama dengan diea so siapa tiru siapa?
- tidak menyenangkan bila berada disisi , mesti ada saja benda yang tak kena di matanya walhal anda selesa dengan apa yang anda  lakukan atau miliki.

SO NILAILAH SAHABAT ANDA DENGAN APA YANG AKU KATAKAN NIEH, SEBAB BELUM TENTU YANG BERPAKAIAN SELEKEH TU JAHAT DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
"DON'T JUDGE THE BOOK FROM IT'S COVER"

Khamis, 4 Oktober 2012

SePuPu SenGgaL

Assalamualaikum suma baru ada masa nak update blog aku sebb aku sibuk dgn aktiviti harian bergelar pekerja,anak,boyfriend dan yang paling penting aku bergelar KHALIFA.

nak tido pun x boleh sbb mata belum nak pejam lagi, nak online  FB plak malas so aku layan ler blog aku nie, topik ape yang nak aku tulis malam nieh yerk.....Ha baru aku teringat kenapa sorang Kazen nie benci sangat kat aku....nak tau sebab dia bacaler nukilan aku nieh sampai habis okay.

Nie kes zaman sekolah dulu masa tu dia dekat From 3 dan aku From 2. Nak mulakna ceta dia nie
dari kemahsyuran hinggalah kenakalan dia dan aku nie taklah semahsyur dia tapi nakal kami setanding jugalah. Ada salah sorang kawan dia sound aku dengan bahasa yang tak sedap didengar tapi aku buat cool jer nothing happend so budak tu panas sendiri sebab aku buat endah x endah jer dengan teguran dia. Kepala aku dibalun dengan buku lima dia jadi member pun balas ar jadi aku tolak member aku dan aku sendiri yang maju mengelakkan member tadi terlibat dengan kes disiplin sebab nie hal aku so member tadi pun mengerti tindakan aku. Gaduh punya gaduh napa plak tetiba Kazen aku nie masuk terus balun aku juga so member yang len pun join sekali ar nak tolong aku dari dibelasah sorang oleh kazen sendiri, Mak dia dan mak aku datang boleh palk naik kereta sama tu yang cikgu pelik tu mak kitaorang baik sesama sendiri tapi kenapa tak kami kan?
 So hari berikutnya aku just diam jer dengan perangai dia kat member-member dan merancang untuk 
mencari jalan supaya ego dan nakal dia yang tak bertempat nie luntur dari hidup dia.Malangnya strategik aku gagal mengubah dia, So aku kembali kediri ku yang asal tuk mencari semua kelemahan dan kelebihan yang dia ada. Aku buat tak tahu saja dengan dia sebab aku bergerak Underground bersama kengkawan aku yang dah memang terkenal dengan kenakalan mereka, bergerak Underground ni bukan bergerak kearah membalas dendam bukan tu yang aku maksudkan Maksud bergerak underground to kami suma buang sifat nakal dan biarkan saja dorang dan tiba masanya diorang akan tahu siapa kami. So suma pelajar mengidamkan piala Olahragawan dan Olahragawati sekolah itu yang membuatkan aku bergerak underground dengan merampas gelaran Olahragawan kategori B mungkin membuatkan Kazen aku ni sedar yang kita tidak semestinya berada diatas terus.
Hari untuk menjatuhkan dia pun bermula mungkin korang fikir yang aku nie jahatkan? tapi aku gunakan
cara yang halus untuk menyedar tu pun kalo dia sedar tapi takpe ar aku dah cuba kalo dia tambah dendam nak buat macam manakan ? Apa acara yang dia sertai aku masuk kecuali acara pecut 100 Meter bukan apa tu nak betul- betul power starting dan langkahan yang konsisten baru boleh menang kalo tak jangan harap ar nak menang.Acara yang aku sertai bersama Kazen aku nie acara 200m,400m dan 200m berpagar tu untuk individu dan acara berkumpulan seperti yang korang tahu ler 4x400m dan 4x100m. So dari 5 tu aku berjaya mendapat 2 emas dalam acara kegemaran aku 200m berpagar dan 400m,1 perak (200m) dan 2 gangsa tuk acara berkumpulan sebab apungutan pingat yang hampir sama aku cuma kelebihan satu pingat perak yang membolehkan aku merampas taktha sebagai Olahragawan buat kali pertama kerana sebelum nie aku just biarkanlah bukan rezeki aku tapi tahun nie aku buat all out so berhasil dan secara automatiknya aku mewakili sekolah dan menjadi pemegang bendera tuk sukan sukan sekolah yang berlangsung 2 bualn kemudian.
Kemarahan dan benci dalam dirinya makin membuak-buak bukan bertambah elok malah dia sanggup
menabur fitnah dengan ayat yang benar-benar mendatangkan marah membuatkan ibu aku melarang aku menyertai majlis sukan sukan sekolah, aku meminta pertolongan cikgu untuk menjelaskan hal sebenar kepada ibu aku dan aku bersyukur ibuku membenarkan aku menyertainya. Aku sekali lagi memalukan dirinya apa bila berjaya membawa balik sebuah pingat perak dalam acara kegemaran (200mberpagar) dan gangsa dalam acara berkumpulan 4x100m. Aku diumukan sebagai penerima anugerah pelajar cemerlang untuk 6 bulan pertama sekaligus mengulingkan semua calon perempuan lain. Sifat aku yang MILD and WILD membuatkan ramai awek dan dak laki lain secara automatiknya pengaruh aku bertambah besar dan dia mula merasakan terancam dengan kehadiran aku disekolah itu. Aku diperangkap olehnya lalu dibelasah dengan teruk oleh Kazen aku dan juga 2 lagi sahabatnya sementara yang lain bersembang diluar tandas untuk mengaburi mata pelajar lain. Aku berdiri dan berlalu pergi menuju ke pondok bas dihadapan sekolah dengan pakaian yang kotor dan dipenuhi dengan kesan tapak kasut, sampai jer kat rumah mak aku plak balun aku dengan batang penyapu so kesabaran aku dah hilang.
Kesokkan harinya aku datang ke sekolah dengan kesan lebam dihujung mata sebelah kiri, bibir pecah
dan juga sedikit calar di keuda belah siku aku. selesai waktu sekolah aku berlari dan melepaskan tendangan tepat dibelakang Kazen aku sebelum dia jatuh tersembam ke jalan raya menyebabkan dagunya luka, so Pergaduhan besar-besaran pun bermula diantara tingkatan 2 dan 3. Pelajar perempuan hanya mampu berlari  untuk menyelamatkan diri dari terkena sebarang tumbukan dan tendangan sesat.Akhirnya kami semua didenda dan ada juga yang digantung sekolah seperti Kazen aku dan juga aku, tapi aku berpuas hati kerana dagu dan sikunya luka sementara lebam dimata kiri dan bibir serta hidungnya berdarah.selesai hukuman gantung sekolah aku kembali ke sekolah dan melihat kemunculan kuasa baru di sekolah tapi aku tak hiraukan sebab prinsip aku mudah selagi kau tak ganggu aku dan kengkawan aku maka kau selamat kata petah melayu dahulu kala "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK"